Thursday, February 7, 2013

Officially HUSBAND & WIFE !!!!

Salam...

Dah 2 minggu nikah baru nak updates disini....hehehe...

kami dah selamat nikah... dengan sekali lafaz..alhamdulillah....





Doakan yang baik2 tuk kami k...

Hug..


Tuesday, December 11, 2012

44 Days To Go !!!!

Hello....

lamanya x singgah sini... btw, nak gtau.. saya ada lagi......


Wedding Countdowns at WiddlyTinks.com



Teruja.... nervous belom gi.... pening kepala selalu...memikirkan persiapan & kerenah orang sekeliling...haishhhh...sabar2.... lepas settle semua mesti lega....



Doakan semoga segalanya dipermudahkan yer..... Babai...:) Salam.... :)

Friday, March 9, 2012

MUA (Makeup Artist) Bertunang..

Dulu masa saya bertunang saya pakai khidmat Jalinan Kasih as my MUA...

Makeup dia sangat saya puas ati.. long lasting.. sampai malam pon cantik lagi....




So, pada korang yang stay kat Penang yang dok tercari2 MUA.. silalah kunjung ke Butik Jalinan Kasih... memang terbaik & puas hati....

Satu sesi makeup untuk bertunang RM150.00

Baju2 pengantin dia pon cantik-cantik belaka.... so, jangan lepaskan peluang untu B2B sekelian....=)

Doorgift

Salam....

Hai, apa khabar..lama tak jengok ke blog ni... sempat jugak makeup blog ni kasi colourfull skit..=)

Kali ni saja nak tanya pendapat korang tentang bunga telur @ lebih tepat doorgift.

Kalau dulu2.. setiap tetamu diberikan bunga telor sorang sebijik.. tapi, sekarang ni jarang dah tuan umah kasi telor... banyak plak yang kasi mug/potpourri/fridge magnet/coklat @ saputangan yang digubah cantik.

And then, kalau korang perasan... tuan rumah akan sediakan satu beg lagi untuk yang VVIP yang dalam beg tu akan dimasukkan dengan bunga telor,potpourri, coklat, kuih muih & lain..

For me, saya tak berapa bekenan sangat cara camtu... bagi saya biar semua dapat sama adil...eh ceewah gitu... =)

Cuba korang bayangkan... tuan umah bagi kat makcik A beg yang diisi dengan macam2 benda tu... sebab makcik A bestfriend dengan tuan umah... pastu makcik B tengok... x ke dia rasa kecik ati... ermmm... bagi saya not so good la... biar semua dapat sama kan....

And now, dah confirm2 majlis saya nanti xde camtu... semua akan dapat yang sama serupa & sebijik...=)

So, ape pendapat korang plak.... share2 la...=)

Tuesday, January 10, 2012

44 PANTANG LARANG BAKAL PENGANTIN

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.


Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.
p/s : ada yang boleh diikot.. & ade yang tak perlu kot.... ermmmm....
 

Monday, January 9, 2012

Colour & Theme..

Assalamualaikum & selamat pagi....

Just nak minta pendapat korang... warna ape yg sesuai tuk kitaorang ni erk... me dah confius sgt... semua kaler me suka... hmmmm... rasa2 en.tunang x kisah kot kaler ape pon... tapi, kalau PINK of course dia xnak... sebab aritu dia tengok sorang mamat tu pakai baju pink.. dia gelak... ermmmm.... dah la me suka giler kaler pink... huhuhu...

Kot2 ade Wedding Planner tersesat mai blog B2B ni..tolong..tolong erk.. kaler ape yg sesuai tuk kitaorang.. fesyen baju pengantin camner yg sesuai tuk saya yg bertubuh "montel" tapi cute ni...hehehe...:p

Apa2 pon me dahulukan dengan jutaan terima kasih....

Sharing Is Caring kan.... pls !! pls !!

p/s : tengah diet...:p

Friday, January 6, 2012

1st Entry....

Blog ni ditubuhkan adalah untuk meng"share"kan dengan korang perjalanan persiapan majlis perkahwinan kami berdua FAIRUZ & SHUHADAH.....InsyaAllah..Amin....

Kami juga mengalu-alukan idea2 daripada korang tentang Konsep, Tema, Warna @ apa saja berkaitan dengan persiapan kami nanti....

Jumpa lagi....Daaa..:)